Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak melaksanakan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama kepada anak lelaki yang tertua, tidak pula bagi perempuan. Perempuan hanya perlu taat kepada suaminya tetapi lelaki WAJIB taat kepada ibunya TIGA (3) kali lebih utama dari bapanya. Isteri berbuat baik mendapat pahala dan sekiranya berbuat yang tidak baik maka dosanya ditanggung oleh suaminya.
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini WAJIB tapi isteri tidak. Walaupun begitu iseri boleh membantu. HARAM bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap EMPAT (4) wanita iaitu:
1. IBUnya
2. Isterinya
3. Anak Perempuannya
4. Saudara Perempuannya (Kakak & Adik)
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh EMPAT (4) orang lelaki ini, iaitu:
1. SUAMInya
2. Ayahnya
3. Anak Lelakinya
4. Saudara Lelakinya
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yang disukainya cukup dengan EMPAT (4) syarat sahaja:
1. Solat Lima Waktu
2. Puasa Ramadhan
3. Taat Kepada Suaminya
4. Menjaga Kehormatannya
"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNYA hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNYA." (Surah Ali-Imran, Ayat:103)